Digital clock - DWR

Tuesday, April 21, 2015

KURSUS PENGENALAN FERTIGASI DAN PEMBUATAN BAJA.
Sekiranya berminat, sila emailkan nama dan nombor telefon ke pptanimaju@gmail.com ATAU boleh terus menghubungi pihak kami: 
0137519335 - Rozaidi
0132325002 - Firdaus 
0123554328 - Ain
0389399684 - Office
tarik tutup pendaftaran 05/05/2015
TEMPAT DUDUK TERHAD.




Friday, April 10, 2015

Festival agri 2015

Sesiapa yang kelapangan masa pada 18/4/2015 boleh datang ke cyberjaya. Tapi sebelum tu, sila masukkan nama, alamat, email dll dan hantarkan ke email ini
pptanimaju@gmail.com.
Jangan lepaskan peluang ini.
Masuk percuma.
Terima kasih.

Saturday, September 27, 2014

FERTIGASI : KURSUS PENANAMAN CILI SECARA FERTIGASI 9/27

ASSALAMUALAIKUM SEMUA,

Cukup untuk hari ini. Kami dari syaikat P&P Tani Maju Enterprise telah menganjurkan kursus penanaman cili secara fertigasi di Magic Malaysian Global Innovation & Creativity Centre, Persiaran Apec,
Block 3730, 63000 Cyberjaya, Selangor.

Pada sebelah pagi dengan keadaan cuaca yang baik, syarikat kami mulai dengan praktikal secara hands-on di lapangan.

Aktiviti yang dilakukan adalah :


  1.  Sistem pengairan
  2. Semaian
  3. Penanaman
  4.  Pembajaan

Petang pula , teori di bilik kuliah. Santai dan selesa.

Alhamdullilah, selesai kursus untuk hari ini. Harap dengan ilmu yang tidak seberapa dapat memberi manfaat kepada bakal-bakal usahawan baru. Untuk peserta dari Brunei, terima kasih sudi menghadiri kursus kami ini. Anda semua terbaik. Kita akan bertemu lagi.














Monday, February 24, 2014

UNTUK PERTANYAAN

assalamualaikum kepada semua membaca blog ini,

untuk pengetahuan semua, sebarang komen, ulasan, pendapat atau sebagainya boleh dikemukakan di facebook ini.

P&P TANI MAJU

sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pihak kami.

firdaus,
whatsapp - 019 319 3652
call / msj - 013 232 5002

eddy,
whatsapp / call / msj - 013 751 9335

sekian, terima kasih.

Saturday, February 15, 2014

UTM SEMARAK

Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca blog ini.

Pada hari ini, pada 14/2/2014, lawatan dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) Semarak telah datang dan melawat kawasan ladang contoh MARDI Jalan Kebun,Klang.

Kunjungan mereka seramai 10 orang telah melawat ladang kami terutamanya pada tanaman Cili Kulai dan Terung.

Mereka ini bukan pelajar tetapi pensyarah-pensyarah yang ingin belajar mengenai pertanian khususnya penanaman secara fertigasi.

Mereka seronok dan gembira dapat bertemu dengan usahawan terutamanya golongan muda yang sudah berjaya dan yang berminat pertanian.

Kata di antara mereka, tidak ramai golongan muda yang berkecimpung dalam bidang pertanian dan kamu sudah berjaya mencapai apa yang kamu kehendaki.

In Syaa Allah. Amin.

   























LAWATAN AGENSI KERAJAAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Hari ini genaplah 3 tahun kami menceburi dalam bidang pertanian khususnya tanaman secara fertigasi.

Pada kali ini pula, pada 13/2/2014, lawatan dari Pengurus Besar, Ahli Jemaah Pengarah dan Ahli Unit PPK Sepang telah datang dan melawat kawasan ladang contoh MARDI Jalan Kebun,Klang.

Kunjungan mereka seramai 30 orang telah melawat ladang kami terutamanya pada tanaman Cili Kulai dan Terung.















AGRO HARIAN METRO

Assalamualaikum semua.

Hari ini hari yang penuh bermakna bagi kami, Syarikat P&P Tani Maju Enterprise kerana kami telah di kenali seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada 16/1/2014, Harian Metro telah mengunjungi ladang kami di MARDI Jalan Kebun, Klang.

Penanaman yang telah kami jalankan adalah penanaman  secara fertigasi. Tanaman yang kami telah jalankan adalah tanaman Rock Melon, Cili Kulai dan Terung. 


laluan masuk ke ladang contoh fertigasi
 

 menangkap gambar oleh jurukamera harian metro


muka depan bahagian agro, harian metro


teknik fertigasi bawa untung


kawasan kemas dan tenang


anak pokok yang baru ditanam ke dalam polibeg


hasil yang lumayan