Monday, February 24, 2014

UNTUK PERTANYAAN

assalamualaikum kepada semua membaca blog ini,

untuk pengetahuan semua, sebarang komen, ulasan, pendapat atau sebagainya boleh dikemukakan di facebook ini.

P&P TANI MAJU

sebarang pertanyaan, boleh menghubungi pihak kami.

firdaus,
whatsapp - 019 319 3652
call / msj - 013 232 5002

eddy,
whatsapp / call / msj - 013 751 9335

sekian, terima kasih.

Saturday, February 15, 2014

UTM SEMARAK

Assalamualaikum kepada semua yang sudi membaca blog ini.

Pada hari ini, pada 14/2/2014, lawatan dari Universiti Teknologi Malaysia ( UTM ) Semarak telah datang dan melawat kawasan ladang contoh MARDI Jalan Kebun,Klang.

Kunjungan mereka seramai 10 orang telah melawat ladang kami terutamanya pada tanaman Cili Kulai dan Terung.

Mereka ini bukan pelajar tetapi pensyarah-pensyarah yang ingin belajar mengenai pertanian khususnya penanaman secara fertigasi.

Mereka seronok dan gembira dapat bertemu dengan usahawan terutamanya golongan muda yang sudah berjaya dan yang berminat pertanian.

Kata di antara mereka, tidak ramai golongan muda yang berkecimpung dalam bidang pertanian dan kamu sudah berjaya mencapai apa yang kamu kehendaki.

In Syaa Allah. Amin.

   























LAWATAN AGENSI KERAJAAN


Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca blog ini.

Hari ini genaplah 3 tahun kami menceburi dalam bidang pertanian khususnya tanaman secara fertigasi.

Pada kali ini pula, pada 13/2/2014, lawatan dari Pengurus Besar, Ahli Jemaah Pengarah dan Ahli Unit PPK Sepang telah datang dan melawat kawasan ladang contoh MARDI Jalan Kebun,Klang.

Kunjungan mereka seramai 30 orang telah melawat ladang kami terutamanya pada tanaman Cili Kulai dan Terung.















AGRO HARIAN METRO

Assalamualaikum semua.

Hari ini hari yang penuh bermakna bagi kami, Syarikat P&P Tani Maju Enterprise kerana kami telah di kenali seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Pada 16/1/2014, Harian Metro telah mengunjungi ladang kami di MARDI Jalan Kebun, Klang.

Penanaman yang telah kami jalankan adalah penanaman  secara fertigasi. Tanaman yang kami telah jalankan adalah tanaman Rock Melon, Cili Kulai dan Terung. 


laluan masuk ke ladang contoh fertigasi
 

 menangkap gambar oleh jurukamera harian metro


muka depan bahagian agro, harian metro


teknik fertigasi bawa untung


kawasan kemas dan tenang


anak pokok yang baru ditanam ke dalam polibeg


hasil yang lumayan

KURSUS 4 HARI 3 MALAM

Asalamualaikum kepada semua pembaca blog ini. sejak kebelakangan ini, pihak kami kesibukan dan tidak dapat nak update berita-berita terbaru.

Pada 26/11/2013, pihak kami telah menganjurkan satu ceramah mengenai penanaman fertigasi di Glory Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Seramai 45 peserta yang telah menghadiri kursus tersebut. Peserta ini tergolong dari orang -orang yang telah bersara dan anak muda. Peserta ini daripada Maktab Koperasi Malaysia.

Kursus yang dianjurkan ini berlangsung selama 4 hari 3 malam.

Tempat penginapan dan kursus


Antara peserta yang mengikuti kursus


Tempat dewan berkursus



 peserta yang seronok dan gembira mengikuti kursus ini




ceramah sambil santai


komunikasi antara peserta


hands-on kepada peserta


peralatan yang digunakan


menyukat kepekatan baja dengan menggunakan EC Meter



mengagihkan kad bisnes kepada peserta